Friday, February 17, 2012

Di Sebalik Ujian

Pedih sungguh hatinya terkena ujian hebat yang tidak diduga. Pilu sungguh jiwanya merintih sedih mengenang diri yang dirundung malang. Air matanya berjuraian jatuh mengiringi sedih perasaan yang tidak tertanggung bebannya lagi. Dia benar-benar sedih. Sedih yang tidak terucap. Jika diluahkan kepada manusia dengan seribu daya pun mereka pasti hanya bisa menadah telinga dan mungkin melontar buah rasa buat pemujuk jiwa. Hanya dirinya sahaja yang mengerti. Namu dia pasti ALLAH berjuta kali lebih mengerti dan mendalami isi hatinya berbanding dirinya sendiri!


Namun mengapa sukar memujuk diri tika ditimpa ujian begini. Pemilik hati kerdil ini payah untuk terus pasrah dan redha berbanding pantas sahaja berputus asa dan lebih rela melayan sebak di dada. Di sebalik ujian ada hikmah yang terselindung. Harus disingkap baru ditemui manisnya ujian yang menimpa. Namun ujian yang menjengah sering dianggap pengusut jiwa bukan tanda sayang daripada ILAHI!

Akal yang dangkal sering membaca ujian itu derita. Sebab itu ujian yang tiba umpama langit menghempap kepala. Malang sungguh jiwa kerana tidak kenal pencipta. Sedangkan semua yang ditakdirkan ALLAH pasti ada baiknya! Itu janji ALLAH. Janji ALLAH tidak mungkin dusta.

Seperti sesebuah produk, jika ingin diketahui mutunya harus diuji sebelum ia selamat untuk digunakan. Produk itu perlu melalui ujian dan menepati piawaian yang ditetapkan. Begitulah insan. Kehidupan mereka mempunyai syariat dan piawaian yang perlu ditepati barulah terhasilnya Mukmin Sejati! Jika tidak melepasi piawaian ujian, jadilah muslim itu sebuah produk yang tidak bermutu dan tidak tahan lasak. Justeru Mukmin Sejati harus diuji!

Seperti Rasulullah s.a.w yang liku hidupnya dipenuhi ujian. Pada masa yang sama ALLAH begitu cinta kepada Baginda sehingga dinobatkan sebagai kekasih ALLAH. Masya ALLAH! Sebab itulah ujian bukan tanda benci dan nista tetapi tanda cinta. Ia kayu ukur keimanan seorang muslim. Yakinlah! Mukmin yang sejati apabila ditimpa kesusahan dia bersyukur dan apabila ditimpa kemudaratan dia bersabar.

“Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar”

(Surah Al-Anfal:46)

~sabar itu indah~





credit ; http://www.cahaya-kesetiaan.blogspot.com

Friday, February 10, 2012

Video Promo Panggung Sabtu (lawak) :D

korg de tgok x iklan panggung sabtu kt tv3 ? lawak gila la.. cm ye ye je dr mimik mulut mrka en.. lipsync gitu.. haha.. siyes best gila tgok iklan tu.. lagu dr BPR- Dari Sinar Mata tlh di lipsync versi hindustan ! siyes lawak,babe ! kalo ak ckp je, korg x phm, x best gak .. ce korg layan iklan tu jap ! hahaha.. tuk sape2 yg tgh tension, sedih, n gundah gulana ke ? baik tonton video iklan ni .. kompem mujarab tuk ketawa ! enjoy it ! :DD



p/s ; mule2 ak tgok video ni,siyes ak x sgka tv3 kreatif cmni skali ! xtaw plak ak yg Shah Rukh Khan n Raj Kapoor ni pndai nyanyi lagu melayu jiwang ! hehe.. gaya diorg pon bukan men lg ! hahahha xDD *syabas TV3 ! ^^

Monday, February 6, 2012

Bilakah Doaku Akan Dimakbulkan?

Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a. Nabi S.A.W. bersabda: 'Doa adalah ibadah.'

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang paling termudah dalam agama Islam.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.

Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah S.W.T memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

Malah, Allah S.W.T sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W. bersabda:

Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Katanya berdoa ini bak kata pepatah 'seperti menangguk air yang keruh' iaitu seperti seusai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:

"Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah S.A.W. ditanya oleh seseorang: 'Apakah doa yang lebih di dengar lebih makbul dan mustajab?' Baginda bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."

Kita menyalahkan Allah S.W.T kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita di antaranya:

  • Berdoa ketika berbuka puasa.
  • Berdoa ketika bermusafir.
  • Berdoa di antara waktu azan dan iqamah.
  • Berdoa di hujung solat-solat fardu.
  • Berdoa pada waktu penghujung malam.
  • Doa orang dizalimi.
  • Doa bapa kepada anaknya dan sebagainya.

Tetapi, adakah kita tahu bila masanya dia akan mengkabulkan doa kita?

Adakah esok, lusa atau sepuluh tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut.

Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?

Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi:

"Jika Allah S.W.T tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."

Menurut Hukama:

"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T, maksudnya:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

Artikel ; www.iluvislam.com

tika Allah mengabulkan doa mu...maka ia menyayangi mu,,
tika Allah lmbt mengabulkan doa mu...maka ia msedang mengujimu...
tika Allah tidak mengabulkan doa mu....maka ia sedang memberi sesuatu yang baik utk mu...
*ak percaya stiap yg brlaku pasti ade hikmah di sebalik yg berlaku..Allahu Akbar ^_^

Saturday, February 4, 2012

12 Rabiul Awal 1433 Hijrah :)

Memperingati 12 Rabiulawal Tahun Gajah...


Alhamdulillah, sudah lebih seminggu kita berada di bulan Rabiul Awal, satu bulan yang sangat signifikan dan bersejarah kepada kita… Hari ini 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 FEBRUARI 2012 merupakan hari cuti umum di seluruh negara sempena sambutan Maulidur Rasul.

Sesungguhnya, pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah telah berlaku peristiwa Aminah binti Wahab memputerakan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW… yang telah mengubah seluruh peradaban manusia.

Peristiwa ini disambut dan dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, kita juga meraikan detik-detik bersejarah dan bermakna ini dengan cara kita sendiri dan dimewartakan sebagai cuti umum pada hari tersebut. Kita juga mengisi bulan ini dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

Sebenarnya, acara sambutan Maulidur Rasul ini tidak boleh dianggap sebagai satu upacara ibadat khusus, tetapi tujuan kita mengadakannya tidaklah dapat dinafikan mempunyai pengertian yang besar dan penting, kerana dalam upacara memperingati Maulidur Rasul ini kita dapat mengimbas kembali sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan contoh dan teladan sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat kelak serta sering menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya."

Sempena Maulidur Rasul hari ini, saya ingin berkongsi pengetahuan daripada satu artikel yang pernah saya baca,(tetapi lupa sumber asalnya) - artikel yang bertajuk "Rahsia Keistimewaan Di Sebalik Kelahiran Rasulullah SAW" diolah semula untuk santapan jiwa kita semua.

Semoga maklumat yang dikongsikan ini membuatkan kita lebih CINTA dan SAYANG akan RASULULLAH SAW dan berasa lebih hampir kepada Baginda. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang asal artikel ini...

Seperti yang kita semua ketahui, Rasulullah SAW dilahirkan sebelum subuh hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah. Setiap perkara atau peristiwa yang dijadikan Allah SWT itu pasti ada hikmahnya. Rasulullah SAW telah terlalu banyak berkorban dan berjuang dalam menegakkan agama Islam yang kita anuti sekarang. Oleh itu, kita harus banyak bersyukur dengan hasil perjuangn Baginda SAW, kerana sehingga hari ini kita masih mampu hidup dalam keadaan aman dan makmur.

PERTAMA :
Rasulullah SAW dilahirkan pada hari ISNIN. Makna Isnin ni bukan hanya kebetulan. Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu sesuka hati, bahkan sebesar habuk pun mesti ada yang tersirat. Pada masa Nabi Muhammad SAW dilahirkan, DUA sahaja yang betul-betul kenal akan Tuhan, iaitu Tuhan dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT kenal diri sendiri, selain itu, hanya Rasulullah SAW sahaja yang kenal akan Tuhannya, sebab itulah Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin. Oleh sebab itu, sesiapa yang ingin memeluk agama Islam, DUA ini wajib disebut, kalau tidak, maka tak sahlah Islamnya. Ini simboliknya, ini isyarat daripada Allah SWT.


KEDUA :
Rasulullah s.a.w dilahirkan pada Rabiul Awal. Maksud rabi ialah awal musim bunga. Ini perkataan tersirat. Robi itu bunga, akhlak yang agung itu umpama bunga.

KETIGA :
Mengapa 12 Rabiulawal? Angka 12 ini kalau rujuk kepada malam, pukul 12 malam ini ialah kemuncak kegelapan. Maksudnya, waktu Rasulullah SAW dilahirkan, dunia 'gelap' dengan kezaliman dan kesusahan, dengan kerosakan dengan maksiat. Segala perkara negatif berada di tahap puncak

KEEMPAT :
Jika pukul 12 itu dirujuk kepada siang, itupun simbolik juga. Kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya, ertinya membawa rahmat daripada Allah SWT untuk segala alam, bukan sahaja manusia, tetapi juga termasuk binatang, kayu kayan dan alam seluruhnya. Oleh sebab itu, ajaran Rasulullah SAW menyeru manusia agar tidak menyiksa atau mencacatkan bukan sahaja terhadap binatang, bahkan juga terhadap benda-benda yang tak bernyawa. Sebagai contoh, kayu-kayan kalau kita tetak, kita potong, kita akan ditanya oleh Allah SWT kemudian nanti. Seketul batu yang kita ambil akan ditanya oleh Allah SWT tujuan kita mengambil batu tersebut. Itulah yang dikatakan bahawa Rasulullah SAW membawa cahaya sehingga benda-benda yang tidak bernyawa juga mendapat pembelaan dan manusia tidak boleh berbuat sesuka hati.

KELIMA :
Seterusnya, kalimah 12 kalau dirujuk pada bulan, kemuncak bulan. Lepas bulan 12, akan jadi bulan 1...menurun balik. Jadi, simboliknya di sini ialah, Allah SWT lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak Rasul. Kalau Rasul-rasul terdahulu, mereka datang hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, namun kedatangan Rasulullah untuk semua etnik di bawahnya.

KEENAM :
Kalau 12 merujuk kepada bintang, ada bintang 12... bintang 12 ini merupakan bintang paling cerah berbanding bintang yang beribu banyaknya. Ertinya, kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, membawa petunjuk yang lengkap, membawa rahmat yang lengkap dari dunia sampai ke akhirat. Ajaran Baginda paling sempurna dibandingkan ajaran-ajaran rasul sebelumnya.

KETUJUH :
Kemudian, Rasulullah SAW dilahirkan pada TAHUN GAJAH. Allah menjadikan peristiwa GAJAH ini sebagai satu tarikan atau untuk perhatian. Di sebalik GAJAh itu ada cerita yang orang tidak faham....

Sebelum Rasulullah SAW lahir, datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah. Tujuannya adalah untuk meruntuhkan Kaabah, kerana mereka sakit hati umat manusia berkiblat ke Kaabah. Abrahah membawa tentera bergajah. Orang Arab jarang-jarang melihat gajah, maka peristiwa ini menjadikan masyarakat Arab gempar.

Banyak orang tidak perasan bahawa Allah ingin tunjukkan sesuatu... niat Abrahah ingin runtuhkan Kaabah, di samping itu segala kambing di Mekah akan dirampas, termasuk kambing Abu Talib dan Abd Mutalib. Apabila kambingnya diambil, maka keluarlah Abd Mutalib berjumpa dengan Abrahah, meminta agar dikembalikan semua kambingnya itu kerana menurut Abd Mutalib, itu merupakan hartanya. Abd Mutalib menyatakan lagi bahawa Kaabah itu bukan miliknya, tetapi kepunyaan Allah SWT.

Daripada kata-kata Abd. Mutalib itu, terbukalah rahsia, iaitu keluarga Rasulullah masih berpegang kuat dengan agama Nabi Ibrahim. Jadi, di sebalik cerita gajah ini, Allah SWT ingin beritahu dunia betapa bersihnya keturunan Rasulullah SAW, datuk nenek Rasulullah SAW, mereka beragama dengan agama Nabi Ibrahim.

Itulah antara simbolik yang terjadi pada kelahiran Rasulullah SAW di sebalik 12 Rabiulawal, sebelum subuh tahun Gajah.

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba esok, marilah kita sama-sama memperbanyak SELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga bacaan SELAWAT atas NABI yang kita baca itu akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan soleh. Amin.


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam.”(Al-Ahzab: 56)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hinanya manusia yang mana disebut namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat kepadaku.”(Hr Muslim)

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL….

Foto : Maulud Nabi - tempat kelahiran Rasulullah s.a.w. yang terletak di Kg Suqul Lail, Makkah yang jaraknya hanya 150 meter dari Masjidil Haram, arah depan pintu Babussalam....yang kini didirikan gedung perpustakaan....

sy selitkan beberapa lagu ketuhanan yg menjunjung tinggi sanjungan kita,Rasululah SAW :)




credit to ; http://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com