Friday, June 24, 2011

ZIKIR HARIAN Oleh: IMAM AL-GHAZALI Di dalam: AL-IHYA’ ULUMUDDIN

ZIKIR HARIAN

Oleh: IMAM AL-GHAZALI

Di dalam: AL-IHYA’ ULUMUDDIN

HARI AHAD

يا حي يا قيوم

Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk.

Fadhilat zikir:

Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

HARI ISNIN

لا حول ولا قوّة الاّ با اللّه العليّ العظيم

Tidak ada upaya untuk menolak sesuatu kemelaratan dan mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga, Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agong

Fadhilat zikir:

Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud, dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah.

HARI SELASA

اللّهمّ صلّ على محمّد وعلى ال محمدّ وصحبه وسلّم

Ya Allah, kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabat.

Fadhilat zikir:

Setiap satu kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.

HARI RABU

استغفر اللّه العظيم الّذي لا اله الاّ هو الحيّ القبّوم اتوب اليه

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong yang tiada Tuhan selain dari-Nya yang hidup atau yang menguruskan dan aku bertaubat kepada-Nya.

Fadhilat zikir:

Setiap satu kali bacaan , Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hatinya

HARI KHAMIS

سبحان اللّه وبحمده سبحان اللّه العظيم

Maha Suci Allah dan dengan kepujian-Nya , Maha Suci Allah Yang Maha Agong

Fadhilat zikir:

Setiap satu kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di Syurga.

HARI JUMAAT

يا اللّه

Ya Allah

Fadhilat zikir:

Allah akan memberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya.

HARI SABTU

لا اله الاّ اللّه

Tiada Tuhan melainkan Allah

Fadhilat zikir:

Setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita.

Hiaskan lah diri anda dengan zikir-zikir ini sekurang-kurangnya 100 kali sehari,andainya tak terdaya janganlah pula tinggal semua. Berzikir mengingati Allah itu adalah ubat paling mujarab untuk jiwa..~ perkongsian buat diri sendiri & sahabat2 :)

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda:
“Ambillah perisai untuk melindungi kamu!”
Para sahabat R.Anhum bertanya:
“Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang?”
Baginda bersabda:
“Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapanya, disebelah belakangnya, dikananya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjaranya.

(HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).
Ayuh beramal~

No comments:

Post a Comment